Terma & Syarat

Terma & Syarat

Kemaskini terakhir: 18 Mei 2026

Dengan menggunakan laman web sifuproperty.my dan khidmat Sifu Property, anda bersetuju kepada terma dan syarat berikut.

1. Khidmat

Sifu Property menyediakan khidmat perundingan property — termasuk semakan kelayakan loan, padanan unit subsale, bantuan dokumentasi, dan koordinasi dengan bank, peguam, dan developer.

Kami bukan peguam, bukan bank, dan bukan penasihat kewangan berlesen. Khidmat guaman disediakan oleh peguam berdaftar yang berasingan.

2. Cashback

Sebarang cashback developer atau bank yang ditawarkan tertakluk kepada:

  • Terma developer atau bank yang berkaitan
  • Kelulusan loan oleh bank
  • Kelayakan pembeli (gaji, komitmen, dll)
  • Tempoh dan syarat promosi pada masa transaksi

Cashback bukan dijamin. Jumlah cashback berbeza ikut projek, unit, harga jualan, dan masa promosi. Kami tidak menjamin sebarang jumlah specific.

3. Loan & Financing

Kelulusan loan adalah keputusan bank sepenuhnya. Kami membantu dalam proses submission dan dokumentasi tetapi tidak menjamin kelulusan loan. Semakan kelayakan yang kami berikan adalah anggaran berdasarkan maklumat yang anda kongsikan dan bukan kelulusan formal.

4. Khidmat Berdaftar

Team perunding kami terdiri daripada perunding hartanah berdaftar dengan badan profesional yang berkaitan. Khidmat guaman disediakan oleh peguam berlesen. Pengesahan status berdaftar boleh dimohon atas permintaan.

5. Maklumat & Komunikasi

Dengan menghubungi kami melalui WhatsApp atau saluran lain, anda bersetuju untuk menerima respons dan susulan berkaitan pertanyaan anda. Anda boleh berhenti menerima komunikasi pada bila-bila masa.

6. Liability

Sifu Property tidak bertanggungjawab ke atas:

  • Kerugian akibat keputusan kewangan atau pembelian property pengguna
  • Perubahan harga pasaran, kadar faedah, atau nilai property selepas pembelian
  • Penolakan loan oleh bank
  • Perubahan terma developer atau promosi cashback

Kami menggalakkan anda mendapatkan nasihat kewangan bebas sebelum membuat sebarang komitmen.

7. Harta Intelek

Semua kandungan di laman web ini (teks, gambar, logo) adalah hak milik Sifu Property kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan tanpa kebenaran tidak dibenarkan.

8. Pertukaran Terma

Terma ini boleh dikemaskini. Versi terkini akan dipaparkan di halaman ini. Penggunaan berterusan selepas kemaskini bermaksud anda menerima terma baru.

9. Hubungi kami

WhatsApp: sifupropertybuyer.wasap.my